TERKINI 2017 CHANNELS IPTV

Wednesday, February 21, 2018

Tips Memilih Android Box

Pilih Android Box Yang Sesuai Untuk Anda

Android box

Terdapat pelbagai pilihan android box di pasaran sekarang. Sudah pasti anda sukar untuk membuat keputusan untuk memilih yang mana terbaik untuk anda. Pelbagai spesifikasi anda perlu lihat sebelum memilikinya untuk kegunaan anda.

Di sini kami akan kongsikan beberapa tips untuk memilih android box yang sesuai untuk anda.

1. Bentuk android box

Terdapat 2 jenis bentuk android box iaitu

- Android TV stick

Android TV Stick atau Android Stick selalunya mempunyai masalah yang sama iaitu tidak dapat perform dengan baik berdasarkan respon yang kami selalu terima. 

Ini mungkin disebabkan binaan struktur fizikalnya yang terlalu kecil terpaksa menggunakan mini micro component yang sangat mudah rosak.

Selain itu, ianya susah untuk di'repair' berbanding android box biasa.

- Android TV box
Ada pelbagai jenis android box yang ada di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Ia seperti smartfon juga. Selalunya harga yang murah tidak ada kualiti. Natijahnya, android box mudah rosak dan sudah tentu tidak ada warranty.

Manakala, sesetengahnya mempunyai warranty tetapi ia harus dihantar ke kilang di China untuk di'repair'.

Maknanya, ia akan memakan kos shipping dan masa nak repair lagi dan mereka pulak akan shipping balik.



Sudah tentu memilih android box yang berkualiti itu lebih berbaloi berbanding membelinya dengan harga yang murah dan akhirnya pakai tidak sampai 3 bulan ianya dah rosak.


Sebab itu, kami menasihatkan agar anda membeli android box daripada pengeluar dan jenama tempatan kerana selalunya ia akan datang bersama warranty. 


Sebagai contoh IPTV Malaysia yang sudah menggeluarkan box Z1 dan Z1 Plus pada tahun 2016, Z1 Silver Edition dan Z1 Plus 2017 pada tahun lalu dan terbaru pada 1 Januari 2018 kami menggeluarkan box Z1 Gold Edition yang memberikan warranty sehingga 6 bulan. 

Sekiranya rosak kami gantikan dengan yang baru.


Selain itu, kami juga menawarkan Customer Servis yang akan melayan dan membantu anda untuk mengatasi segala masalah berkaitan android box dan apps nya.

Setiap pengguna yang membeli device kami akan mendapat servis ini secara ekslusif.



Perbezaan antara kedua-dua peranti ini ialah sudah pasti saiznya. Android TV stick sudah pasti sizenya agak kecil. Ia amat sesuai untuk mereka yang selalu travel. Namun bentuk hardwarenya yang kecil mempengaruhi slot hardware yang tersedia. Berbanding dengan android  box yang mempunyai lebih banyak slotnya dan mempunyai power yang lebih tinggi dan lebih tahan lasak.  Sekiranya anda ingin menggunakan untuk kegunaan harian lebih baik anda memilih android tv box berbanding android tv stick

2. Spesifikasi

Spesifikasi untuk setiap box adalah berbeza. Anda perlu bijak memilih yang mana sesuai untuk penggunaan diri anda. Antara yang anda perlu tahu antaranya ialah processor, memory dan slot hardwarenya. Sekiranya anda seorang yang suka menonton movie-movie atau tv 2gb ram sudah memadai. Namun sekiranya anda seorang yang gemar download pelbagai app atau untuk gaming anda perlu mendapatkan spesifikasi yang lebih tinggi.

3. Versi

Versi android box juga memainkan peranan. Ini kerana tidak semua applikasi yang anda ingin gunakan sesuai untuk semua box android box. Anda perlu tahu sebelum anda ingin install ke android box yang anda miliki.

Selalunya, setiap keluaran daripda IPTV Malaysia menggunakan versi yang paling terkini sekali. Sebagai contoh pada 1 Januari 2018, kami menggeluarkan box IPTV Malaysia Z1 Gold Edition yang menggunakan versi android terkini.



4. Box kosong / Siap 

Anda juga perlu tahu samada android box yang anda miliki itu telah di install dengan applikasi yang anda inginkan atau tidak. Terdapat 2 pilihan di pasaran sekarang iaitu box kosong iaitu anda hanya dapat android box kosong yang mana anda perlu install sendiri tapi mempunyai risiko jika applikasi tidak sesuai dengan box. Dan pilihan kedua ialah box dah siap install semua applikasi yang anda inginkan. 
Ini contoh bagaimana box yang perlu disetting sendiri kalau beli box kosong. 
Ya memang sepatutnya mudah untuk install applikasi-applikasi tersebut. Tetapi, apakah ianya benar bila ia di praktikkan?

Itulah masalah sebenarnya.

Ia bukan seperti yang ditulis atau dikatakan oleh penjual. Kadan-kadang ia jadi begitu rumit. Ini kerana ia melibatkan applikasi, database, technical expectation dan lain-lain.

Oleh itu, sekiranya anda ingin mencari android box untuk menonton tv dan movie-movie terkini anda boleh dapatkan android box dari Iptv Malaysia.


Kami telah menyediakan semua applikasi yang anda perlukan hanya plug and play sahaja. Spesifikasinya juga amat sesuai untuk tontonan anda sekeluarga.


Kami memberikan jaminan ianya mudah digunakan dan memastikan ianya boleh ditonton terus selepas plug and play.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan android yang terkini anda bolehlah menghubungi kami seperti no di bawah

No comments:

Post a Comment