TERKINI 2017 CHANNELS IPTV

Wednesday, February 21, 2018

7 Filem Paling Seram Di Dunia. Yang No 7 Tu Anda Takkan Percaya

Ramai peminat filem suka menonton cerita seram dan cerita ganas maksima. Genre ganas yang dimaksudkan bukanlah jenis yang tembak-tembak atau sekadar bunuh-bunuh. Tetapi, jenis yang bunuh sampai pecah kepala, terbarai perut, kaki tercabut dan seumpamanya.



Sudah pasti filem jenis ini memang tidak elok ditonton kanak-kanak! 


Selain itu, ada satu lagi genre lain yang bukan sekadar cuba menjadi filem seram, tetapi sentiasa membuatkan penonton berdebar-debar. Ia bukan disebabkan ketakutan kepada watak yang ada, tetapi pada jalan penceritaan yang disampaikan menyebabkan penonton rasa sangat 'intens' atau tertekan.
Samada melalui jalan cerita, visual ataupun audio, ia mampu menyebabkan penonton tak senang duduk dan adakala yang meronta dibuatnya. Dan di sini admin IPTV Malaysia nak berkongsi 7 movie seram atau 7 top horror movie tahap gaban seluruh dunia.
Dan paling tidak disangka-sangka filem Malaysia adalah yang ke 7:
 1. Audition
Filem pengarah legenda Jepun, Takashi Miike yang kerap memaparkan visual yang membuatkan penonton tidak senang duduk ini mampu membuatkan penonton risau sepanjang filem.
Kisah cinta seorang lelaki berumur dengan....... (bersambung)
seorang perempuan yang kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu ini perlu ditonton sehingga habis. Penamat filem ini merupakan antara adegan paling menyakitkan dalam sejarah filem dunia.

Anda boleh menilai sendiri bagaimana pengkritik filem John At The Movies memberikan review filem ini dengan klik butang PLAY pada video youtube di atas ini. 
Diantara review beliau terhadap filem ini katanya, sisi filem AUDITION ini sangat gelap (dark) yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
2. Oldboy
Filem ini dikeluarkan pada tahun 2003 oleh produksi Korea Selatan. Filem ini kemudiannya mendapat perhatian dunia apabila beberapa negera lain mula membawa masuk naskah asli dengan titipan sarikata bahasa negara-negara terbabit.

Lantas tidak kurang juga yang siap mengalih suara filem ini selepas beberapa tahun ia meletup di pawagam.


Nak tunjukkan betapa filem ini mendapat pengiktirafan dunia sehinggakan selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2013 Hollywood pula membikin semula filem ini dan ditayangkan.




Video ini pula melihatkan bagaimana perbandingan Oldboy original dari Korea vs Oldboy buatan semula Hollywood pada tahun 2013.
Selepas menonton kedua-dua filem ini, admin IPTV Malaysia merasakan bahawa filem ini benar-benar memaksa penonton ternanti-nanti apakah plot seterusnya. Dan yang best nya filem ini benar-benar tekaan anda tidak pernah kena apa akan jadi selepas ini.
3. The Human Centipede
Filem ini bukanlah filem yang bagus dan menghiburkan. Terlalu banyak kelemahan wujud dalam filem ini, tetapi idea yang datang daripada penulis filem ini merupakan satu idea yang hanya orang yang sakit akan terfikirkannya.
Banyak adegan dalam filem ini mampu membuatkan anda akan muntah dengan lakonan berkesan watak utamanya serta 3 orang mangsa eksperimen beliau.

4. Cannibal Holocaust
Ramai yang terpengaruh dan terpedaya dengan mengatakan filem ini adalah paparan realistik yang berlaku. Ia mengisahkah sekumpulan produksi dokumentari dari Italy yang berjaya memasuki pendalaman Amazon.

Mereka berjaya menemui 1 suku kaum yang tidak pernah diketahui melalui mana-mana kajian sejarah. Dan plot sebenar yang cuba dibawa oleh pengarah adalah ia seolah-olah benar-benar belaku.


Kemudiannya, para ahli produksi telah dibunuh, dimakan mentah-mentah daging mereka. Dan pelbagai kejadian kononnnya dirakam oleh kamera secara eksiden.


Oleh itu memang ramai yang terpedaya untuk terus menonton filem ini sehingga saat akhir.


Namunbegitu, bagi admin IPTV Malaysia filem ini adalah tidak elok ditonton oleh kanak-kanak bawah umur kerana banyak adegan seks, bogel, penampakan alat-alat sulit lelaki dan wanita serta kejadian-kejadian bunuh yang menjengkelkan.


Admin benar-benar termuntah ketika menonton filem ini buat kali pertama apabila diminta Abam Roy untuk membuat review tentang filem ini. Serius, admin deman selepas menonton filem ini!!

5. Martyrs
Filem buah tangan dari Perancis ini membongkar rahsia selepas mati. Ia mengisahkan sekumpulan manusia yang taksub ingin mengetahui apakah yang terjadi selepas mati.

Mereka menculik mangsa-mangsa untuk dijadikan bahan eksperimen semata-mata untuk mengetahui rahsia kematian.


Bagi admin, plot terakhir filem ini memang sukar untuk ditonton oleh admin atau mungkin sesiapa saja kerana ia memaparkan visual manusia tanpa kulit paling realistik yang pernah admin tonton setakat hari ini.

6. A Serbian Film
Selepas menonton filem Cannibal Holocaust, admin muntah dan terus demam hampir 3 hari. Selepas mula masuk opis di Cyberjaya, Abam Roy meletakkan list berikutnya untuk admin tonton.

Filem seterusnya adalah filem ini. 


Memang tajuknya "A Serbian Film".


Ia mengisahkan seorang yang mengalami masalah mental yang bukan kepalang. Tahap sakit mental mamat Serbia ini tahap paling tinggi sekali.


Jadi, keseluruhan filem ini adalah berdasarkan segala fiksi dan fantasi si mamat pesakit mental ini. Selepas menonton filem ini demam admin yang sudah kebah semalam telah datang semula.


Kepala mula pening-pening dan tekak mula merasa loya.

7. DUKUN
Gambar lakonan Umie Aida sebagai Diana Dahlan yang merupakan seorang penyanyi dan pengamal ilmu hitam dari kaum Batak di Indonesia.

Gambar sebenar Mona Fendy ketika dalam perjalanan ke mahkamah.
Filem Dukun ini dibikin pada tahun 2006 dan sepatutnya dijangka akan ditayangkan pada pertangahan tahun 2007. Akan tetapi filem ini tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem apabila ia dikatakan mengguris hati ahli keluarga pada watak-watak yang terlibat.

Walaupun dalam filem ini kesemua watak yang terlibat adalah menggunakan nama lain, namun ia sangat menjurus kepada induvidu-individu yang dikatakan terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemimpin politik yang dibunuh dengan kejam oleh Mona Fendy. 

Dan jalan cerita filem ini benar-benar diadaptasikan daripada kisah pembunuhan ADUN Batu Talam tersebut. 


Filem Dukun merupakan filem adaptasi daripada kes jenayah berprofil tinggi yang melibatkan Mona Fandey yang mengamalkan ilmu hitam dan Allahyarham Datuk Mazlan Idris. 

Ramai yang kecewa selepas menunggu sehingga bulan Disember 2007 dan secara rasmi dikatakan filem itu tidak mendapat kelulusan badan tertinggi yang menetapkan sama ada sesebuah filem itu boleh ditayangkan atau tidak di Malaysia.

Ramai yang berpendapat filem itu tidak dapat ditayangkan kerana ia melibatkan ADUN UMNO yang dikatakan bertemu dengan Mona Fendy untuk memastikan beliau mendapat kuasa luar biasa agar sentiasa digeruni kawan dan lawan.

Ada juga yang mendakwa Allahyarham bertemu Mona Fendy untuk memastikan YB tersebut terus dinamakan sebagai calon untuk pilihanraya seterusnya.

Namunbegitu, dalam filem ini watak mangsa juga seorang Datuk. Akan tetapi pihak produksi dengan bijak menggunakan nama lain.

Selain itu, Datuk tersebut lakonan mantap Adlin Aman Ramlee beridentitikan seorang businessman yang ketemu Diana Dahlan lakonan hebat diva Datin Paduka Umie Aida kerana mahukan 1 projek jutaan ringgit.

Admin berkesempatan menonton filem ini sehingga habis membuat rating 10/10 untuk filem ini. 

Sayang seribu kali sayang filem ini tidak dapat ditayangkan atas alasan jengkel dan cetek akal.

Admin sebagai pengkritik filem merasakan bahawa naskah ini pasti mendapat sambutan luar biasa. Barisan pelakon-pelakonnya yang mantap seperti Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Ellyana, Nam Ron, Sofi Jikan dan ramai lagi benar-benar memukau penonton termasuk admin sendiri.


Selain daripada barisan pelakon yang mantap seperti nama-nama di atas, admin turut merasakan Mona Fendy itu sendiri mempunyai aura untuk menarik penonton untuk hadir ke pawagam.

Setidak-tidaknya, admin menjangkakan filem ini sepatutnya mengutip diantara RM4 ke 7 Juta.


Admin atau penulis merupakan Graduan Bidang Perfileman dari UiTM.

Movie-movie yang hebat ini boleh ditonton menggunakan dekoder Iptv Malaysia. Sekiranya anda berminat, bolehlah menghubungi no kami seperti dibawah

klik gambar ini utk terus whatsaapp kami.


No comments:

Post a Comment