TERKINI 2017 CHANNELS IPTV

Monday, February 19, 2018

Annabelle

Movie Latest: Annabelle

Antara movie latest yang terdapat di dalam HAOHD. Annabelle adalah antara movie seram yang dinanti-nantikan oleh peminatnya




Sinopis movie latest Annabelle

Bagi peminat filem genre seram, nama Annabelle tentunya tidak asing lagi bagi anda. Jika anda belum kenal siapa itu Annabelle, Annabelle sebenarnya ialah sebuah anak patung klasik yang dihantui oleh roh jahat. Manakala Annabelle 2: Creation ialah prekuel kepada filem Annabelle yang telah diterbitkan pada tahun 2014. 

Movie latest ini menceritakan tentang akar umbi kisah di sebalik patung Annabelle yang berhantu. Filem prekuel Annabelle ini memfokuskan kepada seorang pembuat patung dan isterinya, di mana 20 tahun sebelumnya pasangan ini telah kehilangan anak perempuan mereka yang berusia 7 tahun ketika itu di dalam sebuah kemalangan jalan raya yang tragik. 

Pasangan ini kemudiannya mengalu-alukan kedatangan beberapa orang anak yatim dan seorang ibu penjaga ke rumah ladang mereka lalu memutuskan untuk menjadikan rumah ladang itu sebagai sebuah rumah perlindungan kerana rumah anak-anak yatim yang mereka duduki sebelum itu telah ditutup. Tidak lama selepas itu, kejadian-kejadian aneh mula menimpa mereka apabila salah seorang daripada anak-anak yatim tersebut menemui sebuah anak patung polos yang memakai gaun berwarna putih dan kelihatan seperti mempunyai nyawa ia sendiri. 

Seorang demi seorang, mereka yang berlindung di rumah itu menjadi target kepada Annabelle, anak patung yang dirasuk oleh roh jahat yang dicipta oleh pembuat patung tersebut. 

Movie latest ini pasti menyeronokkan jika anda menonton bersama keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan dekodernya yang terkini dari kami di Iptv Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan movie latest yang berada di HAOhd bolehlah menghubungi kami seperti nombor dibawah




No comments:

Post a Comment