TERKINI 2017 CHANNELS IPTV

Saturday, May 28, 2016

PROGRAM JELAJAH MESRA MYIPTV

Sempena menjelang Ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi, pihak MYIPTV Malaysia mengambil kesempatan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. 

Jelajah dibuat di negeri Johor di sekitar Muar dan Batu Pahat. MYIPTV Malaysia menerusi wakil mereka telah memberikan barangan keperluan dapur seperti beras, gula, kordial, sardin, rencah dan lain-lain lagi sebagai persediaan menjelang bulan puasa 2015.

Segala sumbangan ini diharap dapat mendekatkan lagi pihak MYIPTV Malaysia dengan masyarakat. Semoga sumbangan ini dapat membantu para penerima hendaknya.

Saya berharap agar pihak pengguna MYIPTV Malaysia terus memberikan sokongan kepada kami supaya dapatlah kami berkongsi lagi kegembiraan seperti ini kepada sekalian ahli masyarakat yang lain.

Sekian, terima kasih.

Elly Sue
CEO














1 comment:

  1. Masya Allah...semoga Allah merahmati warga iptv malaysia

    ReplyDelete