TERKINI 2017 CHANNELS IPTV

Sunday, February 7, 2016

Selamat Tahun Baru Cina

Kami daripada ‪#‎myiptvmalaysia‬ mengucapkan selamat tahun baharu cina kepada semua pengguna khususnya yang berbangsa cina.


Tahun monyet menyingkap banyak nostalgia dan mitos. Misalnya cerita "Journey to The West". Hanuman atau Raja Monyet atau Monkey King menjadi cerita utama. Perjalanan hidupnya daripada daripada kehidupan di syurga (heaven) sehingga diusir ke dunia sebagai seekor monyet. Kemudian, menjadi sangat berkuasa sehingga lupa maksud sebenar kenapa dia harus hidup di dunia. Selepas bertahun tahun hidup sebagai raja yang tidak mudah dikalahkan Raja Monyet akhirnya kembali ke jalan kebenaran.

Jadi, daripada kisah ini dapatlah kita simpulkan (summarized) bahawa kuasa dan kehebatan yang dimiliki mestilah digunakan ke jalan yang betul.

Semoga semangat Raja Monyet akan memberikan kekuatan kepada anda sepanjang tahun yang mencabar ini. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan juga harus dilalui dengan mencontohi kebijaksanaan Raja Monyet.

Walaupun pihak kami di IPTV MALAYSIA turut merasai bebanan kenaikan harga dan gst yang terpaksa kami tanggung dalam menyediakan perkhidmatan kepada anda semua, tetapi kami berjanji tidak akan menaikkan harga.

Sejak memulakan perkhidmatan lebih kurang 19 bulan yang lepas, kami memulakan dengan 150 channels dengan kadar harga RM40 sebulan. Kini selepas hampir 2 tahun harga masih dikekalkan walaupun senarai channels sudah bertambah kepada 225 channels pada 1 Februari 2016 yang lepas.

Justeru, pihak kami berharap tuan / puan akan terus bersetia bersama dengan kami mengharungi 365 hari yang mencabar ini.

Selain itu, kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami bercuti dari 6 Februari 2016 sehingga 9 Februari 2016. Jadi, kami akan beroperasi semula pada 10 Februari 2016 (Rabu). Sebarang penghantaran atau postage dan juga pembelian secara C.O.D. akan bermula seawal 9.00 pagi hari Rabu tersebut. Sebarang masalah bolehlah terus menghubungi talian hotspot kami di 0187944417.


"Selamat Tahun Baru Cina"

Sekian, terima kasih.

Elly Sue
-CEO IPTV MALAYSIA-



No comments:

Post a Comment